Tuesday, 2 December 2014

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2016

Selamat tahun baru islam 1 muharram 1437 H semoga di tahun baru ini menjadi awwal yang baik bagi langkah kehidupan kita semua
 Selamat tahun baru islam 1muharram 1437 H semoga menjadi pembaruan bagi kehidupan dan selamat tinggal tahun lalu semoga menjadi cermin di tahun yang akan datang
Datangnya tahun baru islam ini mari kita sambut dengan kebahagiaan untuk menyongsong hari di masa depan Semangat hijrah di bulan muharram ini mari kita wujudkan di kehidupan yang nyata ini Tak ada impian yang ku harapkan di saat kedatangan tahun baru islam selain keridhoan dari tuhan
Indahnya bulan Muharram 1437 H, moga menyinari hidup kita untuk selalu hanya beribadah kepada Allah SWT.
Sahabat dihari pertama Muharram ini, ijinkanlah aku memohon maaf atas segala khilafku selama ini, karena aku ingin kedepannya aku tidak akan pernah berbuat kesalahan lagi, met taon baru islam 1437 H.


KATA ALUAN PENGETUA

KATA ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum w.b.t dan salam Satu Malaysia…

Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya pengurusan sekolah berjaya menerbitkan ‘Laman Blog PSS 2015’ yang akan menjadi panduan kepada semua warga sekolah untuk meneruskan langkah menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan pada tahun 2015 yang semakin mencabar ini. Ucapan ribuan terima kasih dan tahniah untuk semua ahli jawatankuasa yang terlibat.

Pembangunan dan kemajuan sesebuah sekolah itu mempunyai kaitan yang rapat dengan kualiti guru dan staf. Guru yang baik memberikan perkhidmatan terbaik ke arah mencapai keberhasilan berkualiti tinggi bagi setiap murid dan menjadi tunjang setiap sistem pendidikan.

Dalam dunia globalisasi abad ke-21, keperluan bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi sangat penting. Warga sekolah perlu mempunyai wawasan dan matlamat bersama untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan dengan berkesan.

Justeru harapan saya, semua guru dan warga SEBAR hendaklah bersedia melakukan anjakan paradigma yang memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak untuk melahirkan pendidikan yang berkualiti. Kerjasama guru-guru dalam mematuhi pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia, arahan-arahan perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, peraturan / dasar sekolah serta prosedur kerja yang terkandung dalam Buku Pengurusan ini pasti akan dapat mempertingkatkan prestasi kerja buat guru-guru dan memperkasakan profesion keguruan.

Akhir kata, saya yakin dengan teamwork pasukan guru dan staf yang ada, agenda pendidikan pada tahun 2015 ini akan dapat dilakukan dengan penuh dedikasi dan seterusnya mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam semua bidang dan meletakkan SEBAR sentiasa di puncak kegemilangan.


Terima kasih.

“Guru Penyayang Murid Berkualiti”
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang menjalankan tugas,



( ZAITUN BT MANSOR )

Pengetua.