KATA ALUAN PENGETUA
Assalamualaikum w.b.t dan salam Satu Malaysia…
Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian kepada Allah s.w.t
kerana dengan limpah kurniaNya pengurusan sekolah berjaya menerbitkan ‘Laman
Blog PSS 2015’ yang akan menjadi panduan kepada semua warga sekolah
untuk meneruskan langkah menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan
pada tahun 2015 yang semakin mencabar ini. Ucapan ribuan terima kasih dan
tahniah untuk semua ahli jawatankuasa yang terlibat.
Pembangunan dan kemajuan sesebuah sekolah itu
mempunyai kaitan yang rapat dengan kualiti guru dan staf. Guru yang baik
memberikan perkhidmatan terbaik ke arah mencapai keberhasilan berkualiti tinggi
bagi setiap murid dan menjadi tunjang setiap sistem pendidikan.
Dalam dunia globalisasi abad ke-21, keperluan bagi
melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi sangat penting. Warga sekolah
perlu mempunyai wawasan dan matlamat bersama untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat,
penyayang, patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja dalam pasukan dengan berkesan.
Justeru harapan saya, semua guru dan warga SEBAR
hendaklah bersedia melakukan anjakan paradigma yang memerlukan komitmen
berterusan daripada semua pihak untuk melahirkan pendidikan yang berkualiti.
Kerjasama guru-guru dalam mematuhi pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia, arahan-arahan perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia,
peraturan / dasar sekolah serta prosedur kerja yang terkandung dalam Buku
Pengurusan ini pasti akan dapat mempertingkatkan prestasi kerja buat guru-guru
dan memperkasakan profesion keguruan.
Akhir kata, saya yakin dengan “teamwork” pasukan guru
dan staf yang ada, agenda pendidikan pada tahun 2015 ini akan dapat dilakukan
dengan penuh dedikasi dan seterusnya mencapai kejayaan yang melebihi sasaran
dalam semua bidang dan meletakkan SEBAR sentiasa di puncak kegemilangan.
Terima kasih.
“Guru Penyayang Murid Berkualiti”
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Yang menjalankan tugas,
( ZAITUN BT
MANSOR )
Pengetua.
No comments:
Post a Comment