Sejarah

GURU PSS


SEJARAH SEKOLAH

                SMK Batu Rakit Mengabang Lekor  mula beroperasi pada 10 Mac 2010. Bermula  dengan 3 orang pihak pengurusan dan seorang kaunselor iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Tugas-tugas yang dijalankan pada awalnya adalah menguruskan penerimaan perabot, pengurusan pentadbiran dan persediaan penerimaan pelajar serta guru untuk kemasukan pada 1 April 2010.

                Pendaftaran pelajar bermula pada 1 April 2010 dengan 420 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada 5 kelas Tingkatan 1, 5 kelas Tingkatan 2 dan 3 kelas Tingkatan 4. Sebahagian besar pelajar  daripada  SMK Kompleks Mengabang Telipot dan SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Terdapat juga pelajar yang datang dari SMK Penarik dan SMK Padang Kemunting.

                Penerimaan pelajar berasaskan alamat yang berdekatan dengan kawasan sekolah seperti         Kg. Mengabang Lekor, Kg. Tanjung Batu Rakit, Kg. Pecah Rotan, Kg. Kubur Timah, Kg. Darat Batu Rakit, dan Kg. Mengabang Panjang.

                Bilangan guru yang bertugas di sekolah ini seramai 31 orang  yang terdiri daripada Pengetua,                 3 orang Guru Penolong Kanan, 4 orang Guru Kanan Mata Pelajaran, seorang Kaunselor, 22 orang guru akademik dan 3 orang staf sokongan (sehingga 24 Mei 2010 ).

No comments:

Post a Comment